kerana nila setitik. rosak susu sebelanga.
susah la kan macam tu. kerana satu kesalahan kecik. semua orang dah pandang serong. mana pergi kebaikan-kebaikan yang dia pernah buat? dah hilang macam tu? tertutup dengan hanya satu kesilapan? kita kan manusia. memang takkan lari dari membuat kesalahan. kerana dari situ kita akan belajar untuk memperbaiki diri sendiri. semua orang tidak sempurna. dan itu adalah satu perkara yang pasti! jadi. cuba kita bersangka baik. berpikiran bersih. husnuzon. tak sukar semua tu kan? penyakit hati pun dapat elak.
susu setitik. takkan berubah warna nila sebelanga.
ini satu lagi hal manusia. cuba untuk memberi peluang kepada mereka yang mahu berubah. mereka mungkin banyak melakukan dosa. tapi ingat! itu adalah antara dia dan ALLAH. kita tiada hak untuk mencampuri urusan tersebut. berfikiran terbuka. husnuzon. sekurang-kurangnya. hati dia terbuka untuk melakukan kebaikan. mungkin dia baru sahaja bertemu dengan jalan kebaikan. siapa tahu?
konklusi:
pikir sendiri. masing dah besar panjang. cuma saya rasa. kita tiada hak untuk menilai seseorang itu pada pandangan mata kasar. dia mungkin 'jauh berbeza' dari kita. tapi di sisi ALLAH. kita tidak tahu apa darjat dia yang sebenarnya. banyakkan muhasabah pada diri sendiri. kalau rasa dah baik sangat. doakan supaya 'mereka-mereka kurang tidak baik' tergolong dalam golongan orang-orang baik. kalau nak masuk syurga pun. tak seronok masuk sorang-sorang. kena ada teman. lagi ramai. lagi meriah. kan? :)
p/s: hanya mengeluarkan pandangan. betulkan jika salah. terima kasih.